Khaled Ketuai Delegasi Johor Usaha Tarik Pelaburan Sektor Robotik Dari China

Khaled Ketuai Delegasi Johor Usaha Tarik Pelaburan Sektor Robotik Dari China

SHANGHAI, China 14 April – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengetuai delegasi Johor pada sesi perbincangan untuk menarik pelaburan dalam sektor robotik dari China.

Syarikat penyedia sistem robotik negara Tembok Besar itu diketuai Pengerusi, Beijing Huize Boyuan Robot Investment Company Limited China, Hao Zhangang.

Delegasi Johor turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani serta Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Beijing Huize Boyuan merupakan antara syarikat penyedia sistem robotik utama di China.

Kerajaan Johor menerusi anak syarikatnya, JCorp, dijadual menandatangani dua perjanjian persefahaman dengan syarikat pengurusan sisa pepejal terkemuka China dan syarikat pembuatan tekstil hari ini.

Leave a Reply