Johor Bakal Bina Bandar Robotik Pertama Di ASEAN

Johor Bakal Bina Bandar Robotik Pertama Di ASEAN

SHANGHAI, 14 APRIL – Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama sebuah syarikat sistem robotik dari China bakal membangunkan Bandar Robotik di Johor yang pertama di Malaysia dan rantau ASEAN.

 

Anak syarikat kerajaan Johor itu memeterai memorandum persefahaman (Mou) dengan Beijing Huize Boyuan Robot Investment Company Limited China (Boyuan) hari ini bagi membangunkan projek dengan pelaburan dianggar bernilai RM15 bilion itu.

 

“MoU ini membolehkan syarikat itu bersama JCorp dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengkaji untuk mewujudkan Bandar Robotik dan mereka (Boyuan) bersetuju memilih Johor.

 

“Pelaburan ini bukan semata-mata membangunkan kilang menghasilkan robot tetapi juga membangunkan kawasan yang boleh menempatkan semua syarikat industri berkaitan industri robotik. Bandar Robotik adalah kawasan bersepadu dengan kewujudan kilang atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri menepati industri ini,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri perbincangan meja bulat bersama 20 pemain industri dari China di sini, hari ini.

 

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi JCorp berkata, pihaknya bersama MIDA akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung projek itu bagi membolehkan ia direalisasikan. Terdahulu, JCorp dan Everbright International turut menandatangani MoU bagi mengkaji penghasilan tenaga baharu daripada sisa pepejal.

 

Mohamed Khaled berkata, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) akan dijadikan perintis bagi kajian itu untuk dilaksanakan di kawasan pentadbirannya.

Leave a Reply