Ucapan Menteri Besar Johor Sempena Perasmian Pasar Awam Pontian

JOHOR BAHRU, 11 APRIL – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata pembinaan pasar awam di Pontian ini adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat bagi mendapatkan barang keperluan harian mereka seperti mana yang telah disediakan.

“Jadi itulah apa yang dapat dilakukan tetapi apa yang lebih penting apabila pasar ini dibangunkan, maka ini menunjukkan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) Pontian mengambil berat dan cuba untuk memenuhi keperluan rakyat.

“Saya ucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Pontian dan atas sebab itulah saya percaya apa dilakukan ini sudah tentulah akan dapat membawa kesejahteraan kepada masyarakat rakyat Pontian,” beliau berkata semasa merasmikan Pasar Awam di Pontian sempena lawatan kerja rasmi beliau di Parlimen Pontian, semalam.

Yang turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong merangkap ADUN Pulai Sebatang.

Leave a Reply