Ucapan Menteri Besar Johor Sempena lawatan Ke Parlimen Pontian

PONTIAN, 11 APRIL – Sejumlah RM119 juta peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada tahun ini untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Parlimen Pontian.

Menurut Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ianya merupakan peruntukan bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan tersebut adalah bagi menjayakan pelbagai projek, antaranya ialah;

1) RM11.835 juta bagi pembinaan jambatan kedua daerah Pontian.

2) RM9 juta diperuntukkan bagi Pengambilan Balik Tanah (PBT) seluas 35.8 ekar untuk membina rumah mampu milik di kawasan Parlimen Pontian.

3) RM7.39 juta bagi pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di Kampung Seri Bugis dan Kampung Lebai Mohd Yaakob.

4) RM400,000 bagi menjayakan Projek Molluscure Kerang, sebuah inovasi yang direka bagi menyingkirkan logam toksik daripada spesis seperti kerang, kupang dan tiram. Ia diusahakan kerajaan negeri melalui Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

5) RM1.5 juta bagi penyediaan Pusat Pengumpulan Perusahaan Kecil Sungai Pinggan.

6) RM37.5 juta bagi pelaksanaan Projek Kemajuan Kawasan (PPK) iaitu projek penempatan semula penduduk dari   tiga buah kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Seri Tanjung dan Kampung Sanglang. Ia melibatkan             seramai 170 keluarga yang akan dipindahkan ke Kampung Parit Makuasang

7) RM2.6 juta diperuntukkan pada tahun ini sebagai permulaan bagi pelaksanaan projek naik taraf Jalan Parit Ibrahim dan Parit Jawa. Jumlah keseluruhan projek adalah RM26 juta.

8) RM1.5 juta diluluskan bagi projek naik taraf simpang empat Pekan Benut.

9) RM47.678 juta diperuntukkan bagi menyelenggara jalan-jalan kampung, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

10) RM4 juta bagi pembinaan masjid-masjid baharu di daerah Pontian.

11) RM1.35 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan parit dan saliran.

12) RM50,000 bagi menaik taraf bangunan Perpustakaan Desa di Kampung Parit Puteri Menangis.

13) RM2 juta bagi menaik taraf infrastruktur di Dataran Dato’ Jalok.

14) RM200,000 bagi menaik taraf kuala di Sungai Kampung Benut.
Beliau mengumumkan jumlah peruntukan ini ketika berucap pada Majlis Pelancaran Johor WiFi Luar Bandar, dekat sini, sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Pontian, semalam.

Yang turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong merangkap ADUN Pulai Sebatang dan Pegawai Daerah Pontian, On Jabbar.

Leave a Reply