Penyertaan Ketua Pemuda MCA Sembrong Sertai DAP Tidak Gugat Permuafakatan BN Sembrong

Penyertaan Ketua Pemuda MCA Sembrong Sertai DAP Tidak Gugat Permuafakatan BN Sembrong

SEMBRONG, 11 April – MCA Bahagian Sembrong bersikap terbuka dan menghormati keputusan yang dibuat Ketua Pemuda MCA Sembrong, Dr Ng Kee Chong untuk meletakkan jawatannya dan menyertai DAP.

Pengerusinya, Law Seng Kheong berkata, keputusan Dr Ng tidak akan mengugat keutuhan dan perpaduan di peringkat kepimpinan MCA Sembrong dan Pemuda MCA Bahagian Sembrong.

“Keputusan ini juga tidak akan memberi kesan besar kepada arah sokongan pengundi Cina di Parlimen Sembrong khususnya di DUN Paloh.

MCA Sembrong akan terus bekerja keras dan merapatkan jenteranya dalam menghadapi PRU14.

MCA Bahagian Sembrong akan terus memastikan BN akan terus menang dan memberikan perkhidmatannya kepada rakyat khususnya di DUN Paloh dalam PRU14,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, MCA Bahagian Sembrong akan teguh berganding rapat dan berpegang teguh kepada permuafakatan BN Sembrong di bawah kepimpinan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sebagai Pengerusi BN Sembrong.

“Hong Siong Liang selaku Timbalan Ketua Pemuda MCA Bahagian Sembrong telah dilantik memangku jawatan Ketua Pemuda MCA Bahagian Sembrong,” tambahnya.

 

 

 

 

Leave a Reply