Orang Gelang Patah Tidak Akan Mengulangi Kesilapan

PONTIAN, 11 APRIL – Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berasa tidak adil untuk penduduk Gelang Patah kerana mendapat wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

Beliau menganggap Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang selaku wakil rakyat Parlimen itu tidak serius dalam menjaga amanah yang diberikan oleh pengundinya di Parlimen Gelang Patah.

Beliau juga yakin bahawa penduduk Gelang Patah bijak dan tidak akan mengulangi kesilapan mereka selepas ini.

“Tidak adil kepada masyarakat Gelang Patah sekiranya tiada yang memberi perhatian kepada mereka, memandang terdapat populasi yang besar di sana untuk di beri perhatian,” beliau berkata semasa sidang media selepas melancarkan Projek Johor WiFi Luar Bandar di Kampung Parit Puteri Menangis sempena lawatannya ke Parlimen Pontian semalam.

Leave a Reply