Kemajuan Negeri Johor Dikongsi Bersama

PONTIAN, 11 APRIL – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin akan memastikan projek-projek yang diluluskan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri sendiri terlaksana kerana tidak mahu ia menjadi sia-sia.

“Kita juga meninjau supaya ia memberi gambaran jelas bagaimana kita dapat membantu untuk merancang supaya kawasan Pontian ini turut mainkan peranan untuk menyumbang kepada kemajuan Johor.

“Kita pastikan kemajuan di Johor ini benar-benar beri manfaat kepada masyarakat, bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi dari segi ekonomi dan sebagainya,” beliau berkata semasa sidang media selepas melancarkan Projek Johor WiFi Luar Bandar di Kampung Parit Puteri Menangis sempena lawatannya ke Parlimen Pontian, semalam.
Beliau juga berkata, projek-projek negeri yang di pilih di daerah tidak semestinya hanya tertumpu di Johor Bahru, contohnya Bas Muafakat di Bakri manakala wifi luar bandar Kerajaan Negeri buat di Pontian

Khaled Nordin mengingatkan bahawa pemasangan wifi di luar bandar ini bukan untuk membandarkan mereka tetapi untuk merapatkan jurang antara luar bandar dan bandar dan agar masyarakat di luar bandar ini mendapat segala khidamat kemudahan yang terdapat di bandar.

Leave a Reply