Cabaran Menangani Masalah Remaja

PONTIAN, 11 APRIL – Kerajaan negeri akan mencari mencari penyelesaian terbaik berkaitan isu remaja yang terbabit kegiatan lumba basikal dan menggunakan basikal yang telah diubah suai.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya tidak bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa khas berhubung isu berkenaan, sebaliknya akan memberi tanggungjawab kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri serta EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan kajian dan mencari penyelesaian terbaik berhubung permasalahan basikal itu.

“Perkara ini sudah dibincang di peringkat kerajaan negeri dan kita akan mencari cara paling berkesan untuk menangani masalah itu. Saya akui bukan mudah untuk mencapai keputusan paling baik, lebih-lebih lagi remaja sekarang suka kepada tindakan bersifat yang memberi cabaran kepada mereka. Bagaimana kita mahu tangani perkara ini kerana lagi kita tunjukkan kuasa, lagi mereka lawan.

“Kita tidak akan tubuh jawatankuasa khas tetapi minta Exco Perumahan dan Wanita untuk kaji perkara ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas melancarkan projek Johor WiFi di Kampung Parit Puteri Menangis semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata semalam, laporan mengenai aktiviti remaja berbasikal secara merbahaya sudah pun diserahkan kepada Menteri Besar dan berharap tindakan yang wajar dapat diambil.

Leave a Reply