4 Fasa Naik Taraf Sungai Segget

4 FASA NAIK TARAF SUNGAI SEGGET

JOHOR BAHRU, 6 APRIL – Projek pembersihan dan pengindahan Sungai Segget merupakan projek di dalam Pelan Transformasi Johor Baharu yang amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata ianya melibatkan 4 fasa.

“Jadi ini semua telah pun berlaku, untuk fasa pertama telah pun siap dari segi loji kumbahan tersebut termasuk fasa yang kedua iaitu penyediaan sistem tebatan banjir.

“Saya berharap kedua-dua fasa ini memberi keselesaan dan juga dapat mengurangkan pemasalahan yang berlaku di kawasan Sungai Segget itu sendiri,” beliau berkata demikian semasa sidang media untuk Projek Sungai Segget.

Kos melibatkan 2 fasa ini menelan sebanyak RM240 juta dan fasa 3 dan 4 akan bermula pada bulan Julai atau September dan dijangka siap pada Disember 2019 nanti.

Leave a Reply