Organisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Akan Disusun Semula

Organisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Akan Disusun Semula

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan juga barisan Exco telah bersetuju untuk menyusun semula organisasi FAM.

Ia bertujuan untuk menjaga dan mengawal kewangan persatuan. Ia juga turut bertujuan untuk tidak membazirkan duit persatuan seperti apa yang telah Tunku Presiden titahkan untuk berbelanja dengan berhemah disebabkan sebelum ini banyak sangat pembaziran.

“Seramai 20 orang kakitangan pentadbiran dan teknikal telah ditamatkan perkhidmatan dalam FAM untuk memastikan perjalanan organisasi ini mencapai hala tuju yang sepatutnya. Mereka telah dimaklumkan pada hari ini berserta notis dan 3 bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15hb April ini.

”Untuk makluman semua, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan,” Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata dalam satu kenyataan.

Leave a Reply