Rizab Melayu Johor Meruncing : Muhyiddin Perlu Bertanggungjawab

Rizab Melayu Johor Meruncing : Muhyiddin Perlu Bertanggungjawab

Pernah satu ketika dulu saya berbual dengan orang Muar, bermula dengan cerita mee bandung dan satay pagi membawa ke politik. Dia yang ramah pada mulanya tiba-tiba berubah nada suara apabila saya menyebut nama Muhyiddin dalam perbualan kami.

“Dosa Muhyiddin yang paling besar pada orang Johor ialah menukarkan cuti hujung minggu dari hari Jumaat ke Ahad! Tidak cukup derhaka dia jual tanah setinggan Melayu negeri ni kepada orang luar,” katanya lagi ketika itu keadaan agak meruncing. Macam-macam perbuatan yang tak masuk dek akal telah dilakukan oleh golongan anti Muhyiddin di Muar.

Nauzubillah, terkedu saya apabila diberitahu satu daripada perbuatan yang dilakukan golongan ini sebagai tanda protes keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Besar Johor.

Selama 6 tahun (1989-1995) Muhyiddin mentadbir Johor, beliau telah mengamalkan dasar terbuka yang mana orang luar khususnya warga Singapura dibenarkan membeli dan memiliki hartanah di sini.

Bermula episod itu, banyak tanah-tanah rizab Melayu telah lepas ke tangan asing. Sikap Muhyiddin ketika itu saling tak tumpah macam pemimpin DAP dan sekutunya…tamak dan rakus! Banyak lagi perkara-perkara dangkal yang beliau lakukan telah memancing kebencian orang Melayu Johor terhadap UMNO yang diwakili Muhyiddin di Johor ketika itu.

Beliau tidak peduli dengan nasib Melayu…Dia tidak hairan dengan undi Melayu!

Kemuncaknya pada tahun 1995, Tun Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia telah menarik keluar Muhyiddin Yassin dari Johor seterusnya melantik beliau sebagai Menteri Kabinet.

Doa orang Johor telah dimakbulkan, pemimpin rakus ini telah di bawa keluar dari Johor.

Justeru tidak hairanlah pada hari ini kita lihat Muhyiddin dan Mahathir sama-sama berganding bahu membentuk parti baru untuk menentang orang-orang Melayu UMNO!

Saya pun hairan dengan Salahuddin kerana dulu dia pernah menemplak Muhyiddin, katanya “bagaimana Muhyiddin hendak menjadi pembela Melayu sedangkan dia sendiri menggadai dan menjual rizab Melayu kepada orang Singapura?

Sama ada Salahuddin terlupa atau memang mudah lupa?

TUN MUTAHIR

Leave a Reply