#KembaraKerjaya : 1194 JAWATAN TELAH PUN DI ISI

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 2 APRIL – Program Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 4.0 telah melabuhkan tirainya hari ini di Kilang Bateri. Program ini telah berlangsung selama 5 hari di 5 daerah dan Johor Bahru merupakan daerah terakhir kembara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, R. Vidyananthan berkata, program ini telah meletakkan bidang kemahiran sebagai fokus utama selari dengan hasrat yang ingin dicapai oleh Kerajaan Negeri.

“Sepanjang 5 hari konvoi ini dijalankan, kita mendapat respon yang sangat memberangsangkan daripada masyarakat khususnya dari golongan belia pelbagai kaum. Kita percaya kembara kerjaya ini berjaya mendapat tempat di hati belia.

“Program ini menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, dan hari ini, sebanyak 1194 jawatan telah pun di penuhi,” tambah beliau semasa sidang selepas Majlis Penutupan Program Kembara Karnival Johor Berkemahiran 4.0.

Kembara ini telah diadakan di lima lokasi terpilih iaitu ke Sekolah Menengah Kahang, Kluang, diikuti Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar, Dataran Segamat dan berakhir di Kilang Bateri, Tampoi, Johor Bahru hari ini.

Leave a Reply