Tabung Sarjana PDT Diperluaskan

 

JOHOR BAHRU,31 MAC – Tabung pendidikan PDT peringkat sarjana akan diperluaskan dan ia merupakan salah satu usaha membangunkan modal insan di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata tabung ini akan diperluaskan untuk 245 orang dalam pelbagai bidang yang dirasakan memberi manfaat kepada negeri Johor.

“Ia juga sebagai satu galakan kepada anak-anak Johor untuk meningkatkan penguasaan ilmu sehingga ke peringkat sarjana.

“Kita akan memberi inisiatif sebanyak RM500 setiap seorang dan tidak perlu bayar kembali,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Leave a Reply