Program Karnival Serlahkan Kehebatan 7.0 Tarik Belia

Program Karnival Serlahkan Kehebatan 7.0 Tarik Belia

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 31 MAC – Program Karnival Serlahkan Kehebatan 7.0 yang akan diadakan di Johor Circuit Pasir Gudang, Johor pada 14, 15 & 16hb April 2017.

Naib Presiden Majlis Penyelaras Gabungan Ngo Melayu Negeri Johor merangkap Penasihat Program Karnival Serlahkan Kehebatan, Tuan Haji Abdullah Bin Md Yusof mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Tunku Idris Al Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor kerana membenarkan menggunakan Johor Circuit Pasir Gudang.

Beliau berkata program ini diadakan bagi mendekati belia-belia dengan mencari acara yang mereka minati, beramah mesra dan menjadikan mereka sebagai sahabat kerajaan.

“Karnival serlahkan kehebatan ini bertujuan menyambut seruan kerajaan yang mahu mewujudkan modal insan seimbang dari aspek intelek, kerohanian, keusahawan dan jasmani. Disamping itu memartabatkan industri pemotoran negara Malaysia.

“Matlamat utama Karnival Serlahkan Kehebatan ini adalah untuk mengumpul serta menarik golongan muda ke arah kehidupan positif dan beriadah selain mendekati mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Program perhimpunan motor buatan Malaysia terbesar di Malaysia ( Modenas) mensasarkan sebanyak 1500 buah motosikal dan juga perhimpunan kereta buatan Malaysia jenama Perodua juga mensasarkan sebanyak 4000 buah kereta bagi memecahkan rekod yang sedia ada iaitu 3195 buah kereta pada tahun 2015.

Terdapat pelbagai aktiviti yang mereka lakukan antaranya mengadakan program untuk usahawan-usahawan seperti seminar bersama KPDNKK (Road To Hyper Market ), memberi sumbangan kepada golongan Asnaf di sekitar Pasir Gudang, Acara Fun Ride Kayuhan Muafakat Johor (berbasikal) mengelilingi litar sebanyak 38km dan Program Bicara Ilmu Bersama Yb Dato Dr Hj Nooh Bin Gadot.

Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri turut bekerjasama menjayakan program ini serta mendapat sokongan dan tajaan dari ;

1. Kerajaan Negeri Johor

2. Johor Motor Sport Sdn Bhd ( Johor Circuit)

3. Kementerian Pengangkutan Malaysia

4. Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor

5. Modenas

6. Forest City

7. Bank Muamalat

8. Polis Diraja Malaysia

9. Jabatan Pengangkutan Jalan

10. Jabatan Keselamatan Jalan Raya ( JKJR)

11. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

12. Yayasan Dakwah Islamah Johor ( YADIM)

13. Pelancongan Negeri Johor

14. KPDNKK ( Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

15. J. CORP

16. Yayasan Perdana Ummah

17. CNI Enterprise ( M) Sdn Bhd

18. Yayasan CNI

19. Best Fm ( best 104.1 )

20. JohorTimes

21. Akhbar Sinar Harian

22. Zero Carbon

23. Spotify

24. Akjb

25. Persatuan Berbasikal Negeri Johor

26. Persatuan Berbasikal Pasir Gudang

27. Persatuan Usahawan Muslimah Negeri Johor

28. F&N

29. Jmeis Motor Sport

30. Umno Bahagian Pasir Gudang

31. Peniaga-peniaga

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Program Serlahkan Kehebatan 7.0 ini.

Leave a Reply