Pelepasan Rakyat Malaysia Keluar Dari Korea Utara Buktikan Kebijaksaan PM Tangani Krisis Secara Bijaksana- Hazali

Pelepasan Rakyat Malaysia Keluar Dari Korea Utara Buktikan Kebijaksaan PM Tangani Krisis Secara Bijaksana- Hazali

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia merakamkan rasa syukur di atas pelepasan 9 rakyat Negara Malaysia yang telah ditahan sekian lama di Korea Utara .

Pengerusinya, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Mohd Najib Razak dan Menteri Luar Negeri YB Dato Seri Anifah Aman seterusnya kepada semua di pihak Kerajaan Malaysia yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung , dalam episod pembebasan dan pembawaan pulang rakyat Negara kita ke tanahair pada hari ini.

“Kebijaksanaan dan kebolehan pemimpin-pemimpin Negara Malaysia telah membawa hasil yang berkesan dan positif , tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ini jelas membuktikan bahawa Negara Malaysia amat prihatin dan amat bertanggungjawab terhadap setiap rakyatnya tidak mengira siapa dan di mana sahaja mereka berada.

Kebajikan , keselamatan dan nyawa setiap rakyat Malaysia , tanpa terkecuali seorang pun , mempunyai nilai yang amat tinggi dan bermakna di mata Kerajaan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ini sudah semestinya kerana adanya semangat patriotisma dan cintakan negara yang menjulang tinggi , demi Negaraku Malaysia.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara kini dibenarkan pulang ke tanah air.

Beliau berkata kesemua mereka berlepas dari Pyongyang pada pukul 7.45 malam tadi waktu Malaysia dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 5 pagi tadi (31 Mac 2017).

Ketegangan Malaysia dan Korea Utara timbul berikutan pembunuhan Kim Jong -nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas.

Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara ia mengendalikan kes itu, yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai persona non grata.

Beliau meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac.

Korea Utara bertindak balas dengan mengusir Duta Malaysia di Pyongyang.

Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini.

Leave a Reply