Night Marathon Tarik 7,500 Peserta

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 31 MAC – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengalu-alukan peserta UEM Sunrise Iskandar Puteri Night Marathon yang bakal diadakan di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 1 April, jam 5.00 petang.

“Pertamanya bagi Kerajaan Negeri Johor, saya mengalukan-alukan kepada semua yang datang dan tahniah saya ucapkan kerana menjadi sebahagian daripada peserta yang menjayakan program ini,” katanya menerusi satu klip video.

Dijangkakan seramai 7,500 para peserta bakal berlari merentasi beberapa pusat tumpuan utama serta tarikan menarik di sekitar Iskandar Puteri bagi menjayakan Acara Iskandar Puteri Night Marathon 2017. Terdapat 4 kategori perlumbaan, terbuka kepada peserta tempatan dan antarabangsa iaitu 42km, 21km, 10km serta 5km untuk lelaki dan wanita.


Leave a Reply