Sambutan Semakin Bertambah #TeamJohor #KarnivalKerjaya

 

JOHOR BAHRU, 30 MAC – Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Dan Sumber Manusia Negeri Johor, Vidyananthan A/L Ramanadhan berkata, setiap tahun terdapat banyak syarikat mula menunjukkan minat untuk menyertai Program Kembara Kerjaya Johor 4.0.

“Kami memilih 5 daerah dalam Johor, dan majikan dari daerah tersebut boleh menggunakan program ini sebagai satu platform untuk mereka menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai,” kata dalam satu sidang media semalam.

Dengan cara ini, belia akan sedar yang masih banyak peluang pekerjaan yang ada di daerah sekitar mereka.

“Setiap tahun semakin meningkat, sudah 41 agensi terlibat yang dari awalnya hanya 15 atau 16 sahaja yang ada, dan saya percaya dengan 5 daerah ini lebih ramai yang akan menyertai,” tambah beliau.

Program ini akan menjelajah 5 daerah dan daerahnya yang terlibat ialah Kluang; 29 Mac, Batu Pahat; 30 Mac, Muar; 31 Mac, Segamat; 1 April dan Johor Bahru; 2 April. Orang ramai dijemput hadir bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang ada.

Leave a Reply