PRU14 ; Pilihan Tepat Ialah Wakil Rakyat Yang Akan Berikan Khidmat Kepada Rakyat

PRU14 ; Pilihan Tepat Ialah Wakil Rakyat Yang Akan Berikan Khidmat Kepada Rakyat

Oleh : Haziq Nu’man

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong mengingatkan rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat kepada mereka.

Katanya janganlah sesekali membuat pilihan yang akhirnya merugikan rakyat serta penduduk itu sendiri setelah wakil rakyat yang dipilih itu hanya turun sekadar musim pilihan raya sahaja.

“Untuk PRU akan datang kita jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang. Kita kena tanya diri sendiri selepas dengar ceramah mereka. Betul atau sebaliknya. Kita dapat lihat BN keluarkan akujanji dan BN tahu apa yang ingin dilaksanakan dan apa yang akan dinikmati oleh rakyat. Kita perlu ingat…kesinambungan pembangunan daripada kestbilan politik.

“Kita menerusi BN sejak daripada dahulu lagi bergerak bersama. Berbanding dengan pembangkang… dulu pakatan rakyat…kemudiannya pakatan harapan…sekarang mahu tukar lagi. BN sejak dulu hingga sekarang satu nama sahaja. Mudah buat polisi dan sebagainya lagi,“ ketika ditemui pada Ceramah Rakyat Di Batu Pahat baru-baru ini.

Beliau seterusnya menambah pembangkang sewaktu pilihan raya yang lalu melemparkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan negeri Johor termasuklah kononnya negeri tersebut akan menghadapi masalah kewangan.

“Ternyata tohmahan mereka tidak benar sama sekali setelah Johor tujuh kal bajet surplus. Malah antara 2013-2016 Johor mendapat pelaburan tinggi…ini menunjukkan keyakinan pelabur kepadakerajaan BN Johor. Malah rumah mampu milik akan dibangunkan di Johor setelah adanya bajet surplus…“ katanya.

Leave a Reply