Pembohongan Pembangkang Kaburi Mata Rakyat Gagal

Pembohongan Pembangkang Kaburi Mata Rakyat Gagal

Oleh : Haziq Nu’man

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Ketua UMNO Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi melihat pembangkang hari ini kelam kabut dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui negara.

Menurut beliau pelbagai pembohongan demi pembohongan yang dilontarkan oleh mereka tidak berhasil sepertimana dalam isu pelaburan negara dan juga menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Cukup jelas hari ini pembangkang semakin kelam kabut bagaimana untuk menumbangkan kerajaan BN ini. Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 mereka gagal menumbangkan BN melalui peti undi. Setelah itu mereka mainkan isu pilihan raya tidak adil dan tidak telus.

“Maka mereka menyerang Datuk Seri Najib menerusi keperibadian dengan harapan kalau Najib jatuh BN jatuh…itu juga gagal. Sekarang ini mereka cuba melakukan sabotaj ekonomi dengan harapan ekonomi negara terjejas pelabur asing tidak mahu datang.

“Ternyata mereka gagal apabila pelabur daripada Arab Saudi, China datang juga membuat pelaburan. Pembohongan demi pembohongan seumpama ini supaya rakyat keliru dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya dalam Ceramah Rakyat di Senggarang baru-baru ini.

Sehubungan itu jelas Dr Puad, segala penjelasan akan diberikan kepada rakyat bagi memastikan mereka tdiak keliru dengan pelbagai tohmahan yang dilontarkan.

“Kita akan beri penjelasan sebenarnya berhubung soal kepimpinan negara, masa depan negara, ekonomi negara dan sebagainya. Mudah-mduahan dengan penjelasan ini maka kita akan dapat meneruskan usaha memastikan negara ini terus ditadbir oleh kerajaan BN.

“Demi rakyat, untuk masa depan rakyat malah slogan hidup rakyat akan terus menjadi azimat kepada kita dalam melaksanakna tanggungjawab terhadap rakyat yang berbilang kaum ini,” katanya.

Leave a Reply