Individu Tawar Rasuah Kepada Sultan Johor, Diberi Masa Sehingga Tengah Malam – SPRM

Individu Tawar Rasuah Kepada Sultan Johor, Diberi Masa Sehingga Tengah Malam – SPRM

 

PUTRAJAYA, 30 MAC – Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki telah memberikan masa sehingga tengah malam ini untuk orang tengah yang menawarkan RM2 juta kepada Sultan Johor menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata lelaki itu sudah pun dikenal pasti dan dipercayai sedang bersembunyi.

“Kami telah menyekat laluan di KLIA kalau-kalau dia cuba untuk melarikan diri dari negara ini.

“Jika beliau enggan menyerahkan diri, kami akan menangkapnya dan menyiarkan nama dan gambarnya di media,” katanya lagi.

Minggu lepas, Sultan Ibrahim Sultan Ismail mendedahkan bahawa beliau telah didatangi oleh seorang individu yang menawarkan kepadanya RM2 juta untuk mencadangkan calon, kepada Ketua Setiausaha Negara, untuk gelaran ‘Tan Sri’, yang akan dikurniakan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Leave a Reply