Rakyat Harus Bijak Berfikir Menolak Politik Kebencian Yang Di bawa Pembangkang

Rakyat Harus Bijak Berfikir Menolak Politik Kebencian Yang Di bawa Pembangkang

Oleh: Raisha Ukasyah

LEDANG, 28 Mac – Ahli Parlimen Ledang Datuk Ir Hamim Samuri berkata, rakyat khususnya di Parlimen Ledang harus bijak berfikir kerana pembangkang kini semakin agresif menyemai politik kebencian hanya kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir.

Jelas beliau, selepas PRU-14, mereka yang menghasut ini akan hilang entah ke mana.

“Kita jangan mudah terhasut dengan agenda mereka ini. Mereka menghasut kita hanya kerana mahu kita lupa soal pembangunan.

“Akan datang, perkara ini akan dijadikan senjata untuk ‘tembak’ kerajaan balik kononnya tidak ada pembangunan yang dibuat khususnya di kawasan luar Bandar.

“Sebab itu kita harus berfikir dengan bijak sebelum mempercayai mereka ini,” ujarnya kepada UNO-Johor.

Justeru Hamim menyeru agar rakyat terutamanya di Ledang untuk terus bersatu dan menjaga kemakmuran yang ada.

Jangan hanya kerana janji bulan dan bintang akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran.

“Kita juga dapat lihat dengan jelas manifesto pembangkang pada pilihan raya yang lalu semuanya masih tidak tertunai. Bila ditanya mereka memberikan jawapan manifesto bukanlah janji.

“Maka adakah kita mahu meletakkan masa hadapan rakyat dan negara di tangan mereka yang sebegini… Saya bukanlah mahu mengatakan kerajaan BN itu sempurna tetapi selama ini telah terbukti dengan jelas ‘track record’ BN yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

“BN sentiasa mendahulukan rakyat tidak kira mereka itu penyokong pembangkang atau tidak. Samalah seperti di Ledang ini… tanpa mengira latar belakang politik, semua dibantu tanpa ada prejudis,” katanya lagi.

Leave a Reply