Virus Mudah Lupa Sudah Berjangkit Pada Guan Eng

Virus Mudah Lupa Sudah Berjangkit Pada Guan Eng

Sikap melulu dan putar belit Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng makin ketara apabila pendedahan demi pendedahan berkenaan salahlaku keluarga Lim dalam memastikan mereka kekal berkuasa lebih dari 51 tahun dalam parti DAP mula tersebar di media sosial.

Guan Eng dilihat cuba mengalihkan isu dengan mengambil kesempatan debat diantara Mahathir dan Nazri yang dijadualkan semula pada 7 April di Shah Alam, Selangor. Debat tersebut mendapat perhatian ramai pihak.

Guan Eng mendakwa tidak seperti Nazri, Abdul Rahman merupakan seorang pengecut kerana enggan berdebat dengannya sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah SPRM telah menasihatkan agar debat itu dibatalkan memandangkan ia mungkin mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Dalam usaha meraih populariti, Guan Eng memuji Nazri Aziz kerana ingin meneruskan debatnya dengan Mahathir selepas acara debat yang dijadual di Kuala Kangsar dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran polis.

Guan Eng telah didakwa atas pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan membeli banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan perlingkungan semula daripada zon pertanian kepada zon perumahan awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, tingkat 28, bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai, 2014.

Guan Eng didakwa mengikut seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 25, Jalan Pinhorn, George Town daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.

Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, Guan Eng telah menangguhkan perbicaraannya dengan membangkitkan isu-isu perlembagaan walaupun sebelum ini menyatakan beliau tidak sabar membuktikan dirinya tidak bersalah pada perbicaraan itu.

Dengan itu, Lim Guan Eng terbukti merupakan seorang pengecut dan mudah lupa apabila kepentingan diri beliau menjadi taruhan.

Guan Eng cuba memperbodohkan rakyat dengan isu remeh temeh bagi mengalihkan perhatian rakyat. Virus mudah lupa Mahathir dah berjangkit pada Guan Eng.

Leave a Reply