Pemandu Wanita Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Wanita Mengaku Tidak Bersalah

 

JOHOR BAHRU, 28 MAC – Pemandu wanita yang mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal dalam satu kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam pada 18 Februari lalu di hadapkan ke Mahkamah Majistret Trafik hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh Sam Ke Ting 22 tahun mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut dan minta di bicarakan semula.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor, Roslan Mat Nor, manakala tertuduh diwakili peguam Faizal Mokhtar dan Bustaman Menon Abdul Hamid Menon.
Tertuduh di benarkan bebas oleh Majistret, Salina Omar dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan pasport diserahkan pada mahkamah dan lesen memandu Sam Ke Ting digantung sehingga selesai prosiding. Kes akan disebut semula pada 13 April.

Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan jika disabitkan kesalahan boleh di penjara tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Leave a Reply