Muafakat Mengekalkan Kepimpinan Yang Ada: Johor Tolak Kerajaan Baru

Muafakat Mengekalkan Kepimpinan Yang Ada: Johor Tolak Kerajaan Baru

“Pergi ngaji, sekolah agama, baca kitab, kendarat dan JDT” perkataan yang sinonim dengan orang Johor atau lebih tepat Bangsa Johor. Orang berbudi kita berbahasa…orang memberi kita merasa, muafakat itu berkat!

Bermula dengan kendarat atau rewang ketika jiran tetangga mengadakan majlis-majlis keramaian membawa kepada budaya membawa bertukar buah tangan antara tuan rumah dan tetamu juga sudah menjadi kemestian bagi masyarakat Johor. Justeru budaya itulah yang diteruskan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika beliau turun ke parlimen-parlimen dalam negeri Johor sejak dua bulan lalu.

Bermula Januari lalu, Dato’ Khaled bersama jentera pembangunan negeri Johor telah melawat sebanyak 18 parlimen.

Dato’ Khaled tidak pernah kenal erti lelah! Dia sentiasa berusaha memastikan nasib dan masa depan rakyatnya terbela.

Beliau turun dan melihat sendiri setiap permasalahan rakyat di negeri ini, kerana baginya setiap inci tanah di negeri Johor setiap orang daripada rakyat Johor adalah amanah beliau sebagai pemimpinnya!

Sepanjang lawatan Dato’ Khaled ke parlimen-parlimen beliau telah memperuntukan ratusan juta ringgit untuk menangani permasalahan setempat yang menjadi barah dalam pentadbiran beliau jika dibiarkan.

Kenapa saya katakan barah? Kerana masalah tanpa penyelesaian akan merebak umpama barah jika dibiarkan tanpa rawatan akan membunuh mati karier politik seorang pentabdbir seperti Khaled hanya disebabkan sedikit culas.

Sebagai anak Johor saya berbangga dengan beliau, kerana Dato’ Khaled amat menitikberatkan soal agama dalam pentadbirannya.

Ia dapat dilihat dalam setiap lawatan beliau dan jenteranya akan bersolat secara berjemaah (biasanya waktu Zuhur) bersama-sama penduduk berdekatan sama ada di masjid atau surau yang menjadi hentiannya.

Manakala disetiap pengumuman peruntukkan pasti akan ‘diselitkan’ sejumlah khas untuk membina, menaiktaraf mahupun membaikpulih masjid dan sekolah-sekolah agama dalam parlimen berkenaan.

Dato’ Khaled juga telah memperuntukkan sebahagian daripada wang zakat untuk diberikan kepada lebih 33,000 anak-anak asnaf yang bersekolah agama duit belanja dalam bentuk makanan percuma (Program Bantuan Makanan Sihat).

Justeru pernahkah kita membayangkan jika Johor yang kita sayangi ini jatuh dan tergadai di tangan DAP?? Fahamkah kita misi dan kiblat perjuangan bapak LIM KIT SIANG dan sekutunya ini? Akan tercampak manakah kitab-kitab sekolah agama kebanggaan kita yang telah diperkenalkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar lebih 100 tahun lalu?? Sanggupkah kita yang berbangsa Melayu Islam ini melihat maruah bangsa kita dipersenda dan diinjak-injak oleh sekutu mereka?

Buktinya ada di depan mata. Bukalah mata lihat dan sendiri nasib rakyat yang ditadbir oleh DAP dan sekutunya. Berbanggakah kita jika jadi seperti mereka yang antaranya terpaksa membayar 20 sen bagi setiap helai beg plastik kononnya untuk dana pembangunan negeri?

Kenapa mereka jadi bisu dan akur? Kerana 5 tahun lepas mereka ini sudah tersalah pilih! Mahu mencuba resepi baru daripada UMNO kepada PKR.

Masa berlalu rakyat negeri pakatan masih menumpang ihsan hospital kerajaan Barisan Nasional. Manakala peruntukkan jutaan ringgit untuk sekolah agama, masjid mahupun surau realitinya cuma dalam mimpi.

Justeru sebagai bangsa Johor yang tinggi setianya..marilah sama-sama kita pastikan bahawa kerajaan yang sedia ada akan terus memerintah. Kita tidak mahu cuba resepi baru..kita tolak kerajaan baru!

Resepi baru belum tentu dapat penuhi selera bangsa Johor…belum tentu sedapnya..belum jelas khasiatnya atau mungkin racun akibatnya.

Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk kita menjatuhkan hukuman pada DAP dan sekutu-sekutu parasitnya.

Marilah sama-sama kita pastikan mereka kempunan dan terus kempunan dengan kerusi-kerusi di Bumi Berlantai Permata ini!

Bertanggungjawablah kita sebagai bangsa Johor untuk memastikan DAP dan sekutunya dapat dikalahkan dalam PRU14 nanti!!

TUN MUTAHIR

Leave a Reply