Hak Kanak-Kanak Harus Dilindungi

Hak Kanak-Kanak Harus Dilindungi

JOHOR BAHRU, 28 MAC – Kerajaan akan memberi fokus kepada tujuh elemen penting untuk diperuntukan dalam rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Datuk Seri Azalina Othman Said,Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengerang, berkata peruntukan baharu itu dijadikan sebagai kesalahan tambahan untuk menyokong undang-undang sedia ada.

“Tujuh elemen itu adalah peruntukan kesalahan berhubung pornografi kanak-kanak, aktiviti pengantunan kanak-kanak (child grooming), amang seksual (sexual assault), yang terdiri daripada kesalahan amang seksual fizikal dan bukan fizikal. “Yang keenam, peruntukan hukuman yang dikenakan terhadap orang yang mempunyai hubungan kepercayaan dengan kanak-kanak (offence by person in relationship of trust), dan kebolehpercayaan dan keterangan saksi,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Timbalannya, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berharap rang undang- undang ini mendapat sokongan dari semua pihak.

“Kita mesti bersatu dalam perkara ini (meluluskan rang undang-undang berkenaan),” katanya.

Terdahulu, rang undang-undang itu dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Azalina. Azalina berkata, bacaan kali kedua dan ketiga rang undang-undang berkenaan akan dijalankan pada mesyuarat yang sama.

Leave a Reply