FAM Adalah Tanggungjawab – TMJ

FAM Adalah Tanggungjawab – TMJ

 

JOHOR BAHRU, 28 MAC – Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menegaskan bahawa FAM adalah tanggungjawab baginya.

“Bagi saya, pergi FAM bukan satu kejayaan tetapi ia adalah satu beban dan tanggungjawab. Saya tidak pernah mahu menjadi Presiden. Tetapi kadangkala mereka perlu berkorban untuk apa yang mereka sayang.
“Pada saya FAM adalah satu tugasan. Tetapi JDT sentiasa dihati dan tempat dimana saya sayangi.
Dan untuk melindungi apa yang saya sayangi, saya perlu berkorban dan pengorbanan itu adalah untuk saya pergi ke FAM,” katanya dalam satu status terbaru di laman Facebook JOHOR Southern Tigers.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 25 Mac yang lalu.

Leave a Reply