CPC Hargai UMNO, Kunjungan Delegasi Parti Akrabkan Hubungan Dan Persefahaman

CPC Hargai UMNO, Kunjungan Delegasi Parti Akrabkan Hubungan Dan Persefahaman

NINGXIA (CHINA), 26 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang mengetuai delegasi UMNO dalam kunjungan hormat ke Parti Komunis China (CPC), menyifatkan lawatan kali ini telah memberikan satu dimensi baru tentang pemahaman dan kesungguhan kuasa besar dunia itu dengan menunjukkan keseriusan mereka dalam menjaga hubungan baik bersama kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO bersama Barisan Nasional (BN).

“Sejak hubungan antara UMNO dan CPC berlangsung akrab, delegasi antara kedua-dua parti khususnya generasi muda saling berkunjung sambil bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman.

“Menerusi memorandum itu juga UMNO dan CPC bersetuju mengembangkan hubungan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, hak kesamaan mutlak, saling menghormati dan bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing.”

Razali Ibrahim yang mengetuai delegasi UMNO dalam kunjungan hormat ke Parti Komunis China (CPC), menyifatkan lawatan kali ini telah memberi satu dimensi baharu tentang pemahaman berkaitan kesungguhan pihak CPC yang menunjukkan keseriusan mereka dalam menjaga hubungan baik bersama kerajaan Malaysia pimpinan UMNO bersama Barisan Nasional (BN).

Katanya, kita dapat melihat kesungguhan CPC menitik beratkan sensitiviti beragama dengan menyediakan sepenuhnya makanan halal serta pelbagai kemudahan kepada peserta delegasi UMNO.

“Ia menunjukkan bagaimana mereka menjaga dan menghormati kumpulan minoriti khususnya yang beragama Islam, biarpun dalam ruang yang terhad dan kepercayaan yang berbeza.”

“Banyak persoalan yang dibangkitkan dalam program-program yang diajukan kepada delegasi menjurus kepada minat mereka untuk memahami cara hidup, budaya dan pentadbiran Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Zhang Xuyi, Timbalan Pengarah Biro 1, Bahagian Antarabangsa CPC di Nanjing semalam.

Jelasnya, berdasarkan pengamatannya, CPC juga sedang mencari kaedah terbaik bagaimana untuk mereka memperbaiki sistem yang sedang mereka laksanakan dengan mempelajari sosiobudaya tentang Malaysia.

“Walaupun mereka semua nampak macam berbangsa Cina tetapi mereka adalah berbeza-beza dari segi etnik dan budaya. Ini membuktikan perbezaan itu ada di mana-mana tetapi langkah untuk kita mengatasinya itu adalah lebih mustahak,” ujarnya.

Tambahnya, mereka (CPC) mengagumi Malaysia, dengan pelbagai etnik, agama dan bangsa yang dapat menjaga kemakmuran, dan dalam masa yang sama kita dapat memahami warga China yang sebelum ini ramai beranggapan mereka adalah satu etnik tetapi dimaklumkan bahawa ada 56 etnik di negara itu.

Razali mengetuai 15 orang delegasi UMNO selama sepuluh hari ke China lanjutan daripada perjanjian melalui memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua parti.

MoU tersebut telah ditandatangani di Bangunan Perhubungan Antarabangsa CPC, Beijing pada 4 Ogos 2010 membabitkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sejak hubungan antara UMNO dan CPC berlangsung akrab, delegasi antara kedua-dua parti khususnya generasi muda saling berkunjung sambil bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman saban tahun.

Menerusi memorandum itu juga UMNO dan CPC bersetuju mengembangkan hubungan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, hak kesamaan mutlak, saling menghormati dan bersetuju untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman masing-masing.- UMNOOnline

Leave a Reply