Tiada Pekerja KTMB Dibuang Akibat RNAA

Tiada Pekerja KTMB Dibuang Akibat RNAA

JOHOR BAHRU, 27 MAC – Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia ingin menjelaskan bahawa tidak akan ada seorang pun pekerja KTMB yang bakal terlibat dengan Railway Network Access Agreement (RNAA) antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Raiway Assets Corporation (RAC) akan kehilangan pekerjaan.

Kesemua pekerja yang terlibat dengan RNAA ini akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.

Beliau memberi jaminan gaji, faedah dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini tidak akan hilang mahupun berkurangan.

RAC adalah badan berkanun persekutuan manakala KTMB adalah syarikat milik penuh kerajaan. Oleh itu tidak timbul persoalan bahawa RNAA akan menyebabkan KTMB diambil alih oleh pihak swasta.

Beliau menyangkal tuduhan bahawa akibat daripada RNAA ini, harga tiket dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh KTMB bakal meningkat.

“RNAA tidak akan menyebabkan harga tiket dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh KTMB dan tuduhan yang mengatakan perjanjian ini bakal menyebabkan KTMB semakin terdedah kepada ketirisan dan kronisme adalah tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebaliknya, perjanjian ini berupaya untuk mengurangkan ketirisan dan kronisme kerana ia menjadikan pengurusan setiap syarikat ini lebih fokus kepada bidang tugas masing-masing.

Leave a Reply