Rebut Peluang Pelopori Genre Usahawan Digital #TEAMJOHOR – @KhaledNordin

Rebut Peluang Pelopori Genre Usahawan Digital #TEAMJOHOR – @KhaledNordin

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 27 MAC – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menggesa agar rakyat Johor merebut peluang di dalam mempelopori genre usahawan digital.

“Telah tiba masanya kita memperkasakan lagi rakyat di negara ini, khususnya di Negeri Johor di dalam merebut peluang dalam mempelopori genre usahawan digital, yang suatu masa nanti akan menjadi sebuah industri peripheral yang terpenting sejajar dengan perkembangan ekonomi digital,” katanya.

Program ini dijangka akan memberi pengenalan kemahiran digital kepada belia di Negeri Johor secara am-nya, dan melalui program ni juga, Kerajaan Negeri mensasarkan seramai 15 usahawan digital yang kompetitif dan menepati pasaran yang kan dilahirkan menjelang tahun 2018.

“Johor mesti meletakkan sasaran untuk melahirkan usahawan digital dari kalangan orang muda dan dalam konteks ini, saya kira tidak keterlaluan jika kita mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 orang usahawan digital yang berjaya dalam tempoh 2 tahun dari sekarang,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika Melancarkan Program Usahawan Digital 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Turut hadir di majlis  pelancaran berkenaan ialah YB  Ismail Mohamed; Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi, Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor,  Dato’ Hj Azmi bin Rohani; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid  Omar; Naib Canselor  UTM, Datuk Ismail Ibrahim; Ketua Eksekutif IRDA, Hahasrin Hashim; Pengurus Besar Pusat Pembangunan Usahawan (EDC) Johor dan Prof. Madya Dr Mohd Shahrizal Sunar; Pengarah MaGIC-X (Media and Game Innovation Centre of Excellence).


Leave a Reply