Muafakat Johor Perlu Dipertingkatkan #TeamJohor @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 27 MAC – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengingatkan mengenai kepentingan mempertingkatkan muafakat di kalangan rakyat agar bergerak seiring dalam Team Johor.

“Team Johor ini menggalakan masyarakat untuk ambil tanggungjawab terhadap Johor, kita hendak supaya masyarakat sama-sama beri perhatian bagaimana mereka boleh menyumbang kepada kejayaan negeri Johor.

“Kita mempunyai asas yang baik, masyarakat hidup bermuafakat, jadi muafakat itu perlu dipertingkatkan untuk menjayakan matlamat negeri dengan cara mereka sama-sama menyumbang,” kata beliau ketika dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Parlimen Ayer Hitam semalam.

Beliau percaya jika perkara ini dijalankan, maka matlamat untuk jadikan Johor sebagai negeri yang maju dan rakyat hidup dalam kesejahteraan akan tercapai.

Leave a Reply