Memperluaskan Rumah Mampu Milik #TeamJohor @KhaledNordin

JOHOR BAHRU, 27 MAC – Bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah mampu milik, kerajaan negeri akan mempertingkatkan pembinaan rumah mampu milik di kawasan luar bandar.

“Kita akan membina rumah mampu milik termasuk Pakej A dan Pakej B di satu tanah berkeluasan 33 ekar di dalam satu kawasan Dewan Negeri Yong Peng. Sebelum ini pembinaan rumah mampu milik banyak dibina di kawasan Johor Bahru sebab permintaan yang tinggi daripada penduduk di sana.

“Jadi, bermula tahun ini Kerajaan Negeri akan memperluaskan pembinaannya di kawasan luar bandar bagi memberi peluang kepada masyarakat di kawasan berkenaan memiliki rumah,” katanya.

Beliau berkata semasa sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Parlimen Ayer Hitam, semalam.

Sementara di DUN Semarang, Kerajaan Negeri akan melakukan pengambilan balik tanah seluas 5 ekar di Parit Sumarto, bagi melaksanakan projek perumahan yang sesuai di kawasan tersebut.

Leave a Reply