MB Lawat Parlimen Ayer Hitam

MB Lawat Parlimen Ayer Hitam

Oleh: Z Azrai

Ayer Hitam, 26 MAC – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin meneruskan siri lawatan kerja beliau ke Parlimen Ayer Hitam hari ini.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-18 dalam siri lawatan kerja yang diadakan sejak Januari lalu, sebanyak 17 kawasan Parlimen telah dilawati iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang dan Sekijang.

Dalam lawatan sehari ini, Mohamed Khaled dijadualkan merasmikan Dewan Terbuka SRJK © Yong Peng 2 di sebelah pagi.

Beliau juga akan melawat tapak cadangan pembinaan Masjid Baru Ar-Rahman Kg Parit Awang dan Bazar Niaga Bandar Baru Ayer Hitam. Taklimat berkenaan pembangunan kawasan bandar baru Ayer Hitam juga akan diberikan oleh Majlis Daerah Yong Peng.

Selepas Majlis Pecah Tanah Dewan di Bandar Baru Ayer Hitam, Mohamed Khaled dijadualkan akan ke  Gerai Jalan Lama Johor dan melakukan ‘walk-about’ ke gerai-gerai lama di kawasan tersebut.

Menteri Besar Johor akan menyampaikan Geran Rewang kepada semua Ketua Rewang dan seterusnya Jamuan Rakyat bersama Ketua Rewang, Ketua Pusat Daerah Mengundi dan masyarakat Dun Semarang bagi mengakhiri lawatan kerja beliau.

 

 

Leave a Reply