Majlis Penyampaian BR1M Peringkat DUN Permas #TeamJohor @KhaledNordin

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 25 MAC – Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) Peringkat DUN Permas disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Taman Cendana pagi tadi.

Seramai 525 orang golongan sasaran yang menerima bantuan berkenaan di majlis tersebut.

Menurut Menteri Besar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Dato Mohamed Khaled Nordin, BR1M ini merupakan salah satu komitmen atau usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan ekonomi yang tidak menentu.

“Pertumbuhan ekonomi sentiasa meningkat dan berharap pertumbuhan tersebut berlaku secara berterusan, sama ada di peringkat negeri mahupun peringkat negara.

“Jika ekonomi negara tumbuh secara berterusan, maka saya percaya soal bantuan sumbangan ini dapat dilakukan secara berterusan juga,” tambah beliau ketika di majlis tersebut.

Turut hadir sama di majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Hajah Normala Binti Abdul Samad.

Leave a Reply