BR1M Lebih Adil Kepada Rakyat Dan Negara #TeamJohor – @KhaledNordin

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 25 MAC – Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan dari kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan agar tiada rakyat yang tercicir.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata semasa sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat Satu Malaysia di Dun Permas pagi tadi.

“Kita harus bersyukur kerana negara kita mempunyai skim seperti ini, dan berharap ianya lebih adil kepada negara dan juga kepada rakyat.

Beliau berkata sekira kita dapat mengurangkan jumlah orang miskin mungkin dengan bantuan yang sama jumlah yang bertambah, kita dapat membantu golongan yang masih miskin.

“Dan sebab itu pertumbuhan ekonomi perlu berlaku, peluang perlu diambil dan rakyat perbaiki diri supaya mereka dapat keluar dari kumpulan yang menerima BR1M.

“Itu adalah keadaan idealnya, dan saya berharap supaya kita dapat jayakan di negara ini,” tambah beliau.

Leave a Reply