Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Dari Bertanding Presiden FAM

Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Dari Bertanding Presiden FAM

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 23 MAC – Salah seorang daripada calon presiden baharu FAM iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri daripada bertanding sebagai presiden FAM.

Keputusan ini disahkan oleh beliau sendiri selepas mengadakan sidang media di Parlimen sebentar tadi.

Menurut Annuar, keputusan beliau menarik diri adalah atas kerelaan hatinya dan tiada desakan dari mana mana pihak.

Keputusan Annuar untuk menarik diri daripada menjadi calon presiden FAM adalah kerana beliau tidak mahu situasi berpuak-puak wujud di dalam FAM.

“Jika saya menang, akan ada yang kata saya ini menang kerana Khairy Jamaluddin. Tetapi jika pihak satu lagi (TMJ) menang pula akan timbul kelompok yang suka dan tak suka dengannya dan itu satu perkara yang tidak baik untuk bola sepak.”

TMJ dijangka menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-53 Sabtu ini.

Leave a Reply