Kerajaan Pusat Usah Khuatir Jika Johor Kuat

JOHOR BAHRU, 20 MAC – Menteri Besar Johor, Dato Mohamed Khaled Nordin merasakan kekuatan Johor mampu menyumbang kepada kekuatan Malaysia.

“Kerajaan Pusat tidak perlu khuatir kerana jika Johor kuat, ini bermakna kekuatan Johor itu juga mampu menyumbang kepada kekuatan Malaysia,” ujarnya.
Beliau juga berkata jika Johor ada pertumbuhan ekonomi, secara tidak langsung ia akan membantu pertumbuhan ekonomi di peringkat kebangsaan dan Johor juga bergerak seiring dalam kemajuan untuk menunjukkan ekspresi sayang akan negara.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas lawatan rasminya ke Sekijang.

Leave a Reply