Gagasan JOHOR BERKEMAJUAN Perlu Seimbang

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 18 MAC – Bagi menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengariskan 3 komponen penting agar seimbang. Peranan ketiga-tiganya begitu penting dan tanpa penglibatannya pasti misi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan rakyat dan negara ini tidak akan dapat dicapai.

Katanya, tonggak pertama adalah dalam aspek pertumbuhan ekonomi yang menjadi keutamaan bagi sesebuah negeri membangun dan harus memastikan ia berterusan.

Kesejahteraan sosial menjadi tonggak kedua, ianya harus bersifat inklusif dengan memastikan agihannya dirasai oleh ramai orang dan memberi manfaat kepada rakyat menerusi pelbagai skim dan bantuan pendidikan.

“Ketiga adalah kekuatan peribadi kerana tidak memberi makna apa-apa jika orang (rakyat Johor) tiada nilai, tidak beretika, hilang jati diri dan budaya,” katanya.

Beliau yakin nilai Bangsa Johor yang dibantu dengan Team Johor serta konsep Muafakat Johor membolehkan rakyat faham dan sama-sama menjayakan hasrat ini.

Leave a Reply