DAP Disaran Bubarkan Sahaja Perti Mereka & Bersatu Dengan PPBM – Tok Pah

DAP Disaran Bubarkan Sahaja Perti Mereka & Bersatu Dengan PPBM – Tok Pah

KLUANG, 18 Mac – DAP dicadang membubarkan partinya dan bergabung dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sebahagian daripada langkah parti tersebut untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Syarifah Azizah Syed Zain berkata bukankah parti terbabit masih dibelenggu dengan masalah pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Tertinggi (CEC) parti yang belum disahkan sehingga kini.

Justeru katanya adalah lebih relevan parti berkenaan mengambil langkah tersebut dengan bergabung bersama PPBM untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dan mungkin dapat mengelakkan peristiwa yang berlaku menjelangnya pilihan raya umum ke-13 yang lalu gara-gara status Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf oleh ROS.

“Kita bukannya mahu campur parti mereka…cumanya mengambil kisah yang sebelum ini iaitu sebelum pilihan raya umum yang ke-13 yang lalu dimana Dap hampir-hampir menggunakan logo dan bendera Pas untuk bertanding.

“Jadi sebagai langkah awal eloklah sekiranya mereka berbuat demikian. Itu sekadar pandangan peribadi. Lagi pun sekurang-kurangnya dapat memberi kekuatan kepada PPBM,” katanya kepada UMNOJohor, di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Dap berdepan masalah pada saat-saat akhir setelah RoS menghantar notis mengatakan status Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga selepas pilihan raya umum.

Berikutan tindakan yang itu, Setiausaha Agung Pas dan PKR dilaporkan bersetuju mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu Dap.

Azizah seterusnya menegaskan perkara berkenaan cukup sukar untuk berlaku memandangkan masing-masing dengan ideologi yang cukup berbeza.

Katanya hari ini walaupun mereka amsing-masing berada satu pentad, namun matlamat mereka hanyalah satu iaitu untuk mengalahkan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) semata-mata.

“Agenda mereka saya percaya cukup celaru kerana masing-masing dengan agenda tersendiri. Apa pun terpulang kepada mereka untuk membuat sebarang keputusan,” katanya.

Leave a Reply