PBT Pengerang Bangunkan ‘Pengerang Waterfront’

PBT Pengerang Bangunkan ‘Pengerang Waterfront’

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 17 MAC – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang memainkan peranan amat besar dan kritikal dalam memastikan Pengerang dalam keadaan selamat, teratur, lestari dan berkesan dalam menjana ekonominya. PBT Pengerang telah merancang satu infrastruktur yang bakal membangun Pengerang.

Berita baik itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin semasa sidang media ketika lawatannya ke Parlimen Pengerang semalam, PBT bakal membina Pengerang Waterfront yang melibatkan 3 fasa dan kosnya sebanyak RM120 juta. Fasa pertama akan dibina pada tahun ini dan kosnya RM15 juta.

Turut hadir ketika lawatan tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Johor; Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Syed Sis Syed A. Rahman dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr. Badrul Hisham Kassim.

Leave a Reply