Lawatan Kerja MB Ke Parlimen Pengerang

Lawatan Kerja MB Ke Parlimen Pengerang

Oleh: Z. Azrai

PENGERANG, 16 MAC – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja rasminya ke Parlimen Pengerang hari ini.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-16 dalam siri lawatan kerja yang diadakan sejak Januari lalu, sebanyak 15 kawasan Parlimen telah dilawati iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara dan Simpang Renggam.

Dalam lawatan sehari ini, Mohamed Khaled dijadualkan melawat beberapa tempat seperti Felda Papan Timur bagi penyerahan hakmilik tanah Sungai Ambok, perasmian Dewan Serbaguna Bayu Damai, meninjau tapak cadangan pembinaan ‘waterfront’ di Pekan Sg. Rengit dan melawat tapak Inkubator Usahawan Pengerang.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Leave a Reply