Tohmahan Terhadap Forest City Dakwaan Jahat & Tidak Berasas Pembangkang – Suhaimi

Tohmahan Terhadap Forest City Dakwaan Jahat & Tidak Berasas Pembangkang – Suhaimi

TANJONG PIAI, 15 Mac – Pelbagai tohmahan dan pelbagai andaian yang dibuat oleh pihak tertentu terhadap projek Forest City dianggap sebagai cubaan untuk mengheret rakyat agar membenci kerajaan negeri Johor pimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh berpendapat segala andaian serta segala tuduhan yang dibuat terhadap projek berkenaan termasuklah Tun Dr Mahathir sama sekali tidak berasas.
“Tujuan mereka adalah untuk mengheret rakyat membenci kemajuan yang dibawa oleh pimpinan Kerajaan Johor. Ini adalah satu tindakan terdesak pembangkang untuk mencari tapak politik di Johor.

“Malah pelbagai tuduhan yang dilemparkan termasuk oleh Tun DR Mahathir kepada Kerajaan Johor antaranya adalah 700 000 warga China akan terus menetap di sini melalui projek Forest City adalah tidak berasas sama sekali.

“Hal ini adalah kerana kerajaan negeri telah memperbaiki garis panduan dan mengenakan syarat yang ketat dalam memberi kerakyatan kepada warga asing. Secara jujurnya, saya pasti kerajaan tidak akan memberikan hak kerakyatan sewenang-wenangnya kepada warga asing,” katanya.

Kata beliau lagi projek berkenaan juga bukanlah sepenuhnya dimajukan oleh syraikat dari China tetapi merupakan projek usahasama dengan Esplanade Danga 88 Sdn. Bhd yang merupakan syarikat bersekutu Kumpulan Prasarana Syarikat Johor (KPRJ) iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri Johor.

“Malah menurut data yang dikeluarkan oleh pihak Forest City sendiri, 30 peratus pembeli yang membeli hartanah di Forest City adalah rakyat Malaysia. Jadi disini saya ingin menyangkal kenyataan Tun Mahathir bahawa projek Forest City hanya membawa keburukan kepada Negeri Johor.

“Berilah peluang kepada Johor untuk maju dan bukannya hanya melihat sahaja pembangunan yang dilakukan oleh jiran kita Singapura,“ katanya.

 

Oleh : Haziq Nu’man

Leave a Reply