RUMAH PERCUMA BAGI GOLONGAN ASNAF

RUMAH PERCUMA BAGI GOLONGAN ASNAF

Oleh : Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 15 MAC – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin melancarkan Majlis Pecah Tanah Rumah Transit MAIJ ketika lawatannya ke Parlimen Simpang Renggam semalam.

Rumah Transit ini adalah rumah yang dibina oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui wang zakat bagi tujuan menempatkan penduduk-penduduk miskin bawah kategori yang layak seperti Asnaf dan mereka yang tidak mampu. Mereka boleh menduduki rumah tersebut tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

30 Rumah Transit dibina dalam kawasan Parlimen Simpang Renggam dan ianya bakal dibina pada tahun ini. Manakala 150 unit lagi akan dibina di Pagoh, Sri Medan Batu Pahat, Kota Tinggi, Pengerang dan juga di Mersing.

”Kos projek Rumah Transit di Parlimen Simpang Renggam ini menelan sebanyak RM4.4 juta,” katanya ketika dalam satu sidang media semalam.

Leave a Reply