Peluang Perniagaan Adalah Hak Rakyat Tempatan Bukan Warga Asing

Oleh: Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 15 MAC – Tiada kompromi untuk warga asing datang dengan tujuan untuk berniaga kerana mereka dibawa masuk adalah untuk bekerja bukan untuk meniaga. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa peluang perniagaan adalah hak rakyat tempatan dan bukannya warga asing.

“Saya memang tidak bersetuju warga asing dibawa masuk atas alasan untuk diambil bekerja oleh industri dan tiada sebab untuk mereka terlibat dalam perniagaan,” kata beliau semasa sidang media di Kampung Paya semalam.

Beliau juga telah mengingatkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tidak berkompromi kepada warga asing yang menjalankan perniagaan.

Leave a Reply