Gagasan Johor Berkemajuan Tolak Rasuah

Oleh: Fatin Syahira

JOHOR BAHRU, 15 MAC – Gagasan Johor Berkemajuan akan terjejas sekiranya terdapat unsur rasuah dan penipuan dalam urus tadbir. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengingatkan kepada semua kakitangan kerajaan di setiap lapisan.

”Dalam zaman ini banyak mata yang memandang, banyak yang pandai sosial media jadi pada mereka yang diberi amanah haruslah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin kerana pasti akan ada yang memerhati setiap tindak tanduk yang dilakukan,”

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatannya ke Parlimen Simpang Renggam di Kampung Paya, Layang-Layang.

Leave a Reply