Mohon Peruntukan Baiki Kerosakan Hospital

Mohon Peruntukan Baiki Kerosakan Hospital

Oleh: Fatin Syahira

KULAI 14 MAC – Ribut dan angin kencang petang semalam telah menyebabkan kerosakan di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim dan Klinik Kesihatan. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri akan memohon peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Kementerian Kesihatan bagi membaiki kerosakan tersebut.

Gambar: Utusan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, permohonan itu dibuat berdasarkan pemantauan dan penelitian kerosakan di kedua-dua premis tersebut yang dilakukan pihaknya pukul 10.30 pagi tadi.

Beliau juga dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa kerosakan premis membabitkan bahagian bumbung dan siling wad perempuan dan bilik bersalin selepas ditimpa pokok tumbang yang membabitkan nilai kerugian kira-kira RM400,000.

Datuk Ayub Rahmat berkata dalam satu sidang akhbar, bilik bersalin telah ditutup dan pesakit dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah atau Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

“Klinik kesihatan turut mengalami kerosakan sama membabitkan kerugian berjumlah RM100,000 namun kerosakan tersebut tidak menjejaskan operasi premis berkenaan,” tambahnya lagi.

Leave a Reply