MB Lawat Parlimen Tenggara Esok

MB Lawat Parlimen Tenggara Esok

Oleh: Fatin

JOHOR BAHRU, 11 Mac – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin bakal mengadakan lawatan kerja rasminya ke Parlimen Tenggara esok.

Ia merupakan kawasan Parlimen ke-14 dalam siri lawatan kerja yang diadakan sejak Januari lalu, sebanyak 13 kawasan Parlimen telah dilawati iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai dan Tebrau.

Dalam lawatan sehari itu, Mohamed Khaled dijadual menghadiri beberapa majlis antaranya Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah di Dataran Kg Sri Jaya, Kota Tinggi dan Majlis Pecah Tanah Projek NBOS di Batu 4, Jalan Lombong Kota Tinggi. Beliau juga bakal meninjau sekolah agama serta melawat penduduk Felda Linggiu, Kota Tinggi dan meninjau tapak baru Masjid Batu 4 di Kota Tinggi. Beliau turut dijadual hadir ke Majlis Perasmian Jambatan “Titian Laksamana” dan menyempurnakan upacara penyerahan Pusat Informasi Pelancongan Kota Tinggi (TIC) dari JCORP kepada Pegawai Daerah di Pusat Informasi Pelancongan (TIC).

Lawatan tersebut melambangkan komitmen Kerajaan Negeri untuk melihat sendiri perkembangan? ?semasa? ?pembangunan di? ??setiap? ?kawasan? ?agar? ?segala? ?usaha kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Leave a Reply