RM16.5 JUTA UNTUK JAMBATAN KG. PERGI ACHEH – @KHALEDNORDIN

RM16.5 JUTA UNTUK JAMBATAN KG. PERGI ACHEH – @KHALEDNORDIN

RM16.5 JUTA UNTUK JAMBATAN KG. PERGI ACHEH

 

Oleh: Fatin

JOHOR BAHRU, 8 MAC – Penduduk di Kampung Perigi Acheh dekat Pasir Gudang terputus hubungan apabila jambatan konkrit sepanjang 100 meter yang menjadi laluan masuk dan keluar ke perkampungan berkenaan runtuh pada tahun lalu tetapi sebuah jambatan sementara telah dibina pada tahun itu juga bagi menggantikan jambatan yang runtuh itu bagi kemudahan penduduk Kampung Perigi Acheh.

Bagaimanapun, penduduk kampung itu boleh menarik nafas lega apabila RM 16.5 juta diperuntukan bagi menggantikan jambatan sementara yang dibina dan melebarkan jalan untuk ke Kampung Pergi Acheh. Berita baik ini diberitahu oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika hadir ke kampung tersebut sempena lawatan Parlimen Tebrau semalam.

Peruntukan ini menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin tentang kepentingan rakyat dan pada masa yang sama kemudahan itu dapat meningkatkan tahap keselesaan rakyat.

Leave a Reply