Ambil Ikhtibar Teguran Sultan Johor Demi Penyatuan Rakyat – Suhaimi

Ambil Ikhtibar Teguran Sultan Johor Demi Penyatuan Rakyat – Suhaimi

TANJONG PIAI, 8 Mac –  Kita seharusnya melihat titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini sebagai satu perkara yang perlu diambil serius oleh semua rakyat Johor.

Kesejahteraan di Johor hasil kepimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin  dan hubungan yang erat bersama institusi kesultanan Johor telah berjaya menyatupadukan rakyat melalui pelbagai agenda untuk kemakmuran di Johor, demikian menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh.

Jelasnya lagi rakyat negeri ini perlu mengambil iktibar daripada sejarah dan kisah terdahulu supaya permuafakatan yang terjalin sekian lama bukan sahaj tidak terlerai malah terus diperkuatkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini yang mengingatkan supaya golongan politik luar tidak masuk campur dengan urusan negeri ini yang bertujuan mengelirukan rakyat sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan bangsa Johor.

Baginda bertitah, rakyat Johor kini sememangnya sudah mencapai keselesaan serta keamanan dan justeru, pemimpin politik luar tidak perlu tunjuk pandai dalam mengatur perkara yang harus dilakukan.

“Kemakmuran dan kesejahteraan ini perlu dipertahankan daripada orang luar yang sentiasa berusaha untuk memecah belahkan perpaduan antara kita.

“Rakyat Johor perlu mengambil iktibar daripada peristiwa Perang Siffin yang mana kita perlu berhati-hati dengan golongan ini (munafikun) yang secara zahirnya nampak sebagai Muslim tetapi secara batinnya membenci perpaduan dan permuafakatan.

“Merekalah yang akan merosakkan dan seumpama api dalam sekam yang bergerak secara tersusun dan berstrategi. Runtuhnya ikatan perpaduan merupakan fitnah atau bencana terbesar dalam sesebuah kerajaan atau organisasi. Kepada orang luar, jangan main api dengan Johor,” tambahnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai.

Leave a Reply