MUHYIDDIN MAKAN CILI?

MUHYIDDIN MAKAN CILI?

MUHYIDDIN MAKAN CILI?

Baru-baru ini di sebuah program bersama rakyat, DYMM Tuanku Sultan Johor ada bertitah dan dalam ucapan baginda, baginda telah, dengan terbuka dan berani menegur sikap seorang bekas pemimpin negara. Teguran baginda sungguh tegas dan walaupun baginda tidak menamakan akan siapa orang itu, umum nya mengetahui bahawa orang yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan, adalah Mahathir. Apa yang jelas, titah dan teguran baginda telah mendapat reaksi yang positif disamping mendapat sokongan yang amat jitu. Baginda jelas menyatakan bahawa baginda selesa dengan corak kepimpinan memanda menteri baginda, YAB Dato Khaled Nordin. Apa yang jelas, segala perancangan pembangunan di negeri dibawah naungan baginda dilakukan secara bersama di antara baginda dan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada. Baginda juga turut menyakinkan rakyat negeri Johor bahawa baginda dan kepimpinan kerajaan negeri mempunyai hubungan yang amat kukuh dan mempunyai hubungan yang cukup erat. Apa yang jelas adalah, baginda selesa dengan kepimpinan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Sementalaah, tidak sampai seminggu titah dan teguran Tuanku Sultan ditularkan melalui media massa dan internet, Muhyiddin secara tiba-tiba menularkan warkah terbuka nya (difahamkan) kepada beberapa pemimpin politik pembangkang dan umno sendiri. Hari ini akhbar Sinar telah merekodkan penulisan Muhyiddin. Persoalan nya? Mengapa Muhyiddin perlu menularkan warkah terbuka kepada DYMM Sultan? Adakah Sultan menuduh beliau? Adakah beliau orang yang Sultan maksudkan. Ya, memang Tuanku Sultan ada menyebut bahawa sikap pemimpin itu yang sombong dan angkuh. Tetapi, jika Muhyiddin tidak seperti yang baginda maksudkan, mengapa perlu melatah? Mengapa tidak Muhyiddin naik mengadap Tuanku Sultan dan berbincang dengan baginda? Jika benarlah seperti kenyataan Muhyiddin bahawa Sultan begitu simpati akan nasib beliau apabila tersinkir dari arus politik perdana.

Hairan dan ajaib sungguh sikap Muhyiddin? Nampaknya titah dan teguran Tuanku Sultan itu bukan sahaja ditujukkan kepada Mahathir, tetapi kepada Muhyiddin? Agaknya Muhyiddin sememangnya berada di dalam kanta pemerhatian Tuanku Sultan? Untuk makluman Muhyiddin, titah ucapan Tuanku dan teguran Tuanku tidak dicatat di dalam teks ucapan baginda. Ayat-ayat yang dititah keluarkan oleh baginda adalah ayat ayat yang ujud dari sanubari baginda. Muhyiddin harus ingat, bukan Muhyiddin dan ikon Muhyiddin saja yang ingin menyelamat Malaysia. Tuanku lebih lagi. Tuanku sememangnya sayangkan negeri kelahiran baginda, negeri yang nenek moyang baginda memerintah sekian lama.
Mungkin Muhyiddin terlupa, bahawa kerajaan persekutuan ketika itu bawah idola Muhyiddin termasuk kerajaan negeri di bawah Muhiddin suatu ketika dahulu telah melakukan sesuatu yang Muhyiddin tidak ingat ataupun mudah lupa? Lupakah Muhyiddin bagaimana Almarhum ayahanda Tuanku serta kaum keluarga Tuanku diperlakukan sewaktu berlaku nya krisis perlembagaan? Saya rasa perkara ini pernah didedahkan dengan panjang lebar secara terbuka oleh DYAM Tunku Mahkota suatu ketika dahulu. Lupakah Muhyiddin bagaimana kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin tidak ataupun jarang sekali berbincang soal pembangunan negeri Johor bersama Almarhum Tuanku Sultan? Lupakah Muhyiddin bagaimana dukacita nya Almarhum apabila di zaman Muhyiddin berkuasa, cuti mingguan di Johor telah ditukarkan kepada Sabtu dan Ahad dengan alasan, konon nya untuk memudahkan urusan pentadbiran kerajaan negeri dengan persekutuan? Adakah Muhyiddin telah mendapat perkenan Almarhum Tuanku? Pernahkah Muhyiddin berbincang dengan Almarhum Tuanku tentang projek waterfront di Johor Baharu yang kini amat memedihkan mata yang memandang? Lupakah Muhiddin projek Safari yang terus terbengkalai dan kerugian jutaan ringgit? Lupakah Muhyiddin bahawa ASJ sudah tidak lagi ujud sekarang?

Untuk makluman Muhyiddin, titah Tuanku itu ada kebenaran nya. Kami rakyat bangsa Johor tahu bahawa setiap projek perumahan, termasukalah Forest City yang Muhyiddin dan Mahathir salakkan itu mendapat perkenan Tuanku Sultan. Tuanku sebenarnya tidak mahu Johor menjadi apa yang sedang berlaku di beberapa negeri pembangkang. Sultan tidak boleh berkata apa-apa. Kami tidak mahu apa yang berlaku seperti projek penternakan babi berskala besar yang akhir nya telah berjaya mengusirkan rakyat negeri yang telah lama bermastautin di situ? Untuk maklumat Muhyiddin, apa yang berlaku di negeri Johor ini mendapat perkenan, restu dan kerjasama daripada Tuanku Sultan. Itulah yang sebenarnya sepatutnya berlaku dan saya rasa ianya tidak berlaku di zaman Muhyiddin memerintah Johor.

Negeri Johor sejak dipimpinan oleh YAB Dato Khaled berjaya menambahkan eset kerajaan negeri, termasuk eset bumiputra dan tanah rizab Melayu yang banyak hilang sewaktu Muhyiddin memimpin Johor dahulu. Sejak YAB Dato Khaled menjadi MB, kerajaan negeri tidak lagi berhutang dan telah melanggsaikan hutang nya kepada kerajaan persekutuan. Muhyiddin tidak boleh menyamakan zaman Muhyiddin dengan zaman Dato Khaled. Zaman Muhyiddin, kerajaan kaya dengan pelbagai hasil nya. Namun zaman sekarang, lain bicara nya. Kita sedang mengalami zaman kegawatan ekonomi diperingkat global. Bukan sahaja terkesan oleh Malaysia, malah hampir seluruh negara dunia. Apa yang jelas, nakhoda kerajaan negeri sekarang sedang dan berjaya mengharungi ombak badai yang cukup ganas berbanding zaman Muhyiddin.

Persoalan seterusnya adalah apakah Muhyiddin berani mengatakan bahawa tiada berlakunya penipuan ataupun kemungkaran di zaman Muhyiddin memerintah Johor? Muhiyiddin lupa, bahawa di zaman Muhyiddin, negeri Johor telah kehilangan maruah nya. Lupakan Muhyiddin Pulau Batu Putih serta tanah Johor di Tanjung Pagar? Di manakah suara Muhyiddin selaku menteri kanan pusat? Diam tatkala Pulau Batu Putih di ambil orang asing?

Jika benarlah Muhyiddin pejuang sejati, Tidak kiralah samada bangsa keturunan Jawa, Bugis atau Melayu, mengapakah Muhyiddin tergamak bersama-sama musuh orang Islam dan orang pribumi Malaysia? Lupakah apa sebenar nya perjuangan asal parti Dap? Janganlah kerana kerakusan dan kemaruk akan kuasa, maka yang hitam dilihat putih, yang busuk di katakan wangi dan musuh dikatakan kawan yang setia.

Untuk Muhyiddin, janganlah nak menegakkan benang yang sebenarnya sudah basah. Kami rakyat bangsa Johor akan tetap tersama yang mempertahankan setiap inci tanah Johor hingga ke titisan darah yang terakhir bersama-sama Tuanku Sultan kami dan YAB Mentri Besar kami.
ALLAH PERLIHARA NEGERI JOHOR. ALLAH SELAMATKAN SULTAN.

Hj Azman Jaafar
Ketua Pemuda
Umno Bahagian Pasir Gudang

Leave a Reply