BANTAHAN TERHADAP PEMBANGKANG MENGADAKAN CERAMAH DI JOHOR

BANTAHAN TERHADAP PEMBANGKANG MENGADAKAN CERAMAH DI JOHOR

BANTAHAN TERHADAP PEMBANGKANG MENGADAKAN CERAMAH DI JOHOR
ISKANDAR PUTERI, 2 Mac – Sahabat Muafakat Johor hari ini membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Johor esok.

Bantahan itu di ketuai oleh Pengerusi Sahabat Muafakat Johor, Mohd Arafat Muhammad dan turut disertai beberapa NGO lain seperti Persatuan Komuniti Kepolisian Johor, Pengerusi Masjid Bandar Permas Jaya dan beberapa masyarakat setempat. Sebanyak 10 laporan polis telah dibuat secara berperingkat di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

Pengerusi Sahabat Muafakat itu berkata Dr Mahathir bersama beberapa lagi kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijadualkan menghadiri program ceramah parti itu di Bandar Baru Uda, di sini malam esok. Katanya, kehadiran Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM akan hanya memecah-belahkan keharmonian rakyat di negeri ini.

“Kehadiran pemimpin pembangkang yang kemudian melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas ketika ceramah boleh memecah-belahkan rakyat di negeri ini selain cuba mengganggu keharmonian penduduk Johor”.

“Bantahan hari ini juga seiring dengan amaran yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar baru-baru ini kepada ahli politik luar supaya tidak mencampuri urusan negeri ini.”

“Sebagai penduduk Johor, kami taat kepada titah Sultan Johor dan mahu Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang lain supaya tidak mencampuri urusan Johor atau cuba mengelirukan rakyat negeri ini. Kita tidak mahu ada percubaan dari pihak luar yang mahu menimbulkan kekacauan di Johor,” tambahnya lagi.

Leave a Reply